1 November lepas, Tablo telah mengeluarkan muzik video terbarunya bertajuk ‘Tomorrow’. Video ini telah dirakamkan bersama anggota kumpulan Big Bang, Taeyang.
Untuk pengetahuan, Tablo atau nama sebenar Lee Seon-Woong adalah penulis lirik, penyanyi dan artis rap. Dia yang berumur 31 tahun telah banyak menulis lirik untuk kumpulan hip-hop, Epik High.
Sesi penggambaran lagu ini dirakam berlatarbelakangkan padang pasir dan menyelitkan unsur-unsur melankoli. Tidak mahu bercakap panjang, sila tonton ya!
Link to full article
No comments:
Post a Comment