Friday, November 4, 2011

Gara-Gara Minta Autograf, Nicki Minaj Pecat Pembantu Serta Merta!

Siapa sangka hasrat salah seorang pembantu juga merangkap peminat kepada penyanyi lagu hits, ‘Superbass’, Nicki Minaj untuk mendapatkan autograf berakhir dengan episod ‘duka’ apabila dia dipecat dengan ‘kejam’ oleh artis tersebu.

Alkisahnya, Rapper yang semakin popular ini memecat pembantu tersebut selepas pembantu itu mengutip sekeping foto dari tong sampah lalu meminta Nicki menurunkan autografnya.

Nicki yang merasa terhina dan berang dengan perlakuan tersebut akhirnya tanpa berfikir panjang telah memecat pembantu terbabit serta merta.

Terkesima dipecat oleh Nicki, pembantu tersebut meluru masuk ke rumah dan meminta Nicki tidak memperlakukannya tanpa belas kasihan tidak ubah seperti binatang. Namun rayuan tersebut langsung tidak diendahkan Nicki malah Nicki yang berang, terus-terusan melemparkan kata-kata kurang enak kepada pembantu terbabit dihadapan ramai.

“Kau nak tahu macammana caranya diperlakukan seperti binatang? Mari aku tunjukkan bagaimana caranya memperlakukan seseorang seperti binantang! Sekarang berambus dari rumahku!” teriak Nicki yang sering dilabel sebagai ‘the black Lady Gaga’

Namun beberapa sumber pula menyatakan bahawa Nicki sebenarnya memecat orang yang salah. Tidak dapt menerima kenyatan dirinya diperlakukan tanpa belas kasihan, pembantu tadi akhirnya melaporkan insiden tersebut kepada pihak polis.

Dalam laporan yang dibuat kepada polis, pembantu terbabit mendakwa Nicki telah memecatnya tanpa belas kasihan telah memecatnya tanpa sebarang usul periksa.

Walaubagaimanapun, Nicki sedikitpun tidak gentar dengan tindakan tersebut malah memutuskan untuk tidak mempedulikan laporan yang dikenakan terhadapnya.


Link to full article

No comments:

Post a Comment