Friday, November 4, 2011

Trailer : Filem Fantasi Drama Pertama Afdlin Shauki, ‘Misteri Jalan Lama’ Bakal Temui Anda 24 November!

Filem terbaru arahan Afdlin Shauki ini bakal menggegarkan panggung diseluruh negara pada 24 November ini!

‘Misteri Jalan Lama’ yang dibarisi artis-artis ternama seperti Hans Isaac dan Que Haidar telah menjadikan sebuah filem yang bergenrekan fantasi drama ini sebuah filem yang menakjubkan dan berbaloi untuk ditonton.

Bukan hendak memuji, tetapi sebagai cubaan pertama pengarah filem berbakat yang pernah memenangi Anugerah Filem Terbaik FFM 2009 untuk filem ‘Papadom’, dia berjaya mengarah sebuah filem yang dikira agak asing genrenya di hati warga Malaysia. Antara barisan artis lain yang turut menjayakan filem ini termasuklah, Que Haidar (Ilya), Hans Isaac ( Indra), Marion Caunter (Sania), Vanidah Imran (Queen Dewata), Nasir Bilal Khan (King Dewata), Afdlin Shauki (Harak), Liyana Jasmay, Sari Yanti dan juga Gambit Saifullah.

Kisah ini bermula apabila dua beradik, Indra dan Ilya dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mereka untuk urusan pengebumian ayah mereka, Iskandar. Indra adalah anak kandung Iskandar manakala Ilya pula adalah anak angkat Iskandar yang ditemui 25 tahun dahulu. Ilya seorang anak yang baik dan banyak membantu Iskandar membina kerjayanya. Sikap yang berbeza antara dua beradik ini menjadi punca masalah mereka.

Pada hari kematian Iskandar, buat pertama kalinya selepas 15 tahun, Indra ke pejabat ayahnya untuk mengambil surat wasiat yang ditinggalkan untuknya. Indra diminta membawa Ilya pulang, kerana Ilya tidak tahu memandu. Dalam perjalanan, Indra dikejar oleh gangster. Lalu Indra mengambil keputusan menggunakan jalan lama.

Ketika melalui jalan lama, tidak semena-mena mereka memasuki ‘dunia lain’. Pelbagai peristiwa pelik dialami mereka sepanjang berada di dunia tersebut. Apakah akan terjadi kepada mereka berdua ? Apakah yang terdapat di jalan lama tersebut ?

Pastikan anda menonton filem ini kerana ia bakal menjanjikan satu pengalaman baru dalam industri perfileman Malaysia. Kami kata best, anda?


Link to full article

No comments:

Post a Comment