Inginkan kepuasan? Atau keghairahan mendengar muzik? Tiesto atau nama sebenarnya, Tijs Michiel Verwest bakal menjawab segala persoalan anda kerana dia akan turun pada 10 Disember ini di Sepang International Circuit untuk mengadakan konsert disana.
Tiesto, 42, adalah seorang produser, pemuzik Dutch, dan juga dj yang memainkan muzik bergenrekan trance dan banyak lagi aliran muzik lain. Dia mula menjadi dj seawal umur 14 tahun dan menjadi dj secara profesional di parti sekolah. Bermula dari situ, Tiesto telah menjadi resident DJ di beberapa tempat sebelum akhirnya menemui identiti sendiri.
Sehingga kini, Tiesto telah dikenali di seluruh dunia dan popular dengan lagu-lagu seperti Just Be, Elements Of Life, dan juga Zero 76. Yang menariknya, Tiesto pernah memegang ranking pertama dj dunia selama 3 tahun berturut-turut sebelum dipotong oleh Armin Van Buuren.
Kepada peminat-peminat Tiesto, anda boleh dapatkan tiket anda sekarang pada harga RM88 (24th Oct – 6th Nov), RM118 (pre-sale), dan RM148 (doorsale). Konsert ini akan bermula pada jam 7 malam, 10 Disember ini di Sepang International Circuit.
Anda juga boleh dapatkan tiket secara online dengan melayari AirAsia RedTix sekarang!
Link to full article
No comments:
Post a Comment