Thursday, November 3, 2011

Bintang Prison Break, Dominic Purcell Berlakon Filem Terbitan KRU, Vikingdom

Pengemar drama bersiri Prison Break pasti mengenali watak Lincoln Burrow yang dibawa oleh Dominic Purcell. Drama bersiri berkenaan menjadi satu fenomena di seluruh dunia dengan jumlah penonton mencecah 10.5 juta.

Hari ini, KRU Studio membawa Dominic Purcell bagi membintangi filem berjudul Vikingdom 3D dan sekaligus memecah tradisi sebagai syarikat tempatan pertama yang akan menerbitkan filem bertaraf Hollywood dengan menggunakan tenaga tempatan.

“Sebelum ini, bajet sering menjadi masalah utama kepada produser. Syukur, status MSC yang diterima oleh syarikat KRU Studio serta sokongan daripada MDEC membuka lebih banyak peluang untuk kami menceburi pasaran antarabangsa.

Kami berpeluang bekerjasama dengan syarikat antarabangsa, dan ia akan menjadi titik tolak buat kami untuk terus menerbit filem bertaraf Hollywood dengan tenaga kerja tempatan,” ujar Norman Abdul Halim semasa sidang media Vikingdom yang berlangsung di Hotel Marriott, Putrajaya pagi tadi.


Link to full article

No comments:

Post a Comment