Walaupun sedar dirinya menjadi buruan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang telah bertindak mengeluarkan waran tangkap untuk namun bekas pelakon dan penulis lirik lagu ‘Isabela’, Bob Lokman sama sekali tidak gentar untuk ditahan pihak terbabit.
Menurut kenyataan Bob yang dipetik dari akhbar online, mStar, bersedia ditangkap oleh JAIS pada bila-bila masa kerana berpendapat dirinya berada di pihak yang benar .
“Kalau mereka hendak tangkap saya, silakan kerana saya akur dengan keputuan mereka yang merasakan saya membuat kesalahan. Saya hanya memberi dakwah berdasarkan apa yang saya fikirkan dan berkongsi dan menjelaskan (kepada pendengar ceramah) kenapa saya memilih kehidupan hari ini yang lebih menjurus kepada akidah dan tauhid ,” ujar Bob.
Jelasnya lagi, dia sama sekali menepis dakwaan segelintir pihak yang mengaitkan ceramah dakwahnya itu mempunyai agenda berbaur politik.
“Saya berada di masjid bukan atas niat berpolitik sebaliknya hanya menyampaikan ceramah. Saya percaya bahawa orang Islam pastinya tahu yang nyata dan benar dalam masjid.
Selagi tidak bualkan perkara yang buruk, saya berada di pihak yang benar dan nawaitu saya lakukan berlandaskan agama dan kebenaran,” tegas Bob lagi
Jais mengenakan waran tangkap kepada Bob, yang kini bekerja sebagai pendakwah dan berniaga barangan ibadat pada Jumaat lalu ekoran kegagalanBob menghadirkan diri memberi keterangan sepertimana yang diarahkan selepas ditangkap kerana memberi ceramah tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat pada 10 Oktober lalu.
Link to full article
No comments:
Post a Comment