Tuesday, November 1, 2011

Bapa Bintang Glee, Charice Pempengco Mati Ditikam

Malang menimpa buat penyanyi sensasi Charice, apabila bapa kepada penyanyi tersebut telah ditikam sampai mati menggunakan alat pemecah ais dalam sebuah pergelutan jalanan di tempat kelahiran penyanyi tersebut di selatan Manila.

Sungguhpun penyanyi yang memegang watak Sunshine Corazon dalam siri muzikal hits, ‘Glee’, bersikap dingin dengan bapanya selama ini, Charice mengakui sedih dan terkejut dengan kematian bapanya. Dalam kenyataan yang dipetik dari laman Twitter-nya, Charice masih mengingati perhubungan erat antara dia dan bapanya sehinggalah kedua ibu bapanya berpisah ketika dia masih kecil.

“Saya amat menyayanginya dan akan terus menyayanginya. Walau apa yang terjadi, dia tetap bapa saya,” ujar Charice lagi.

 

Penyanyi berusia 19 tahun itu turut mengumumkan penarikan dirinya dari menyertai konsert ‘David Foster and Friends’ di Singapura serta memohon maaf kerana telah mengecewakan para peminatnya di Singpura memandangkan dia terpaksa segera pulang ke Filipina untuk bersama dengan keluarga.

I hope you all understand. I love you all and I will see you next year,” tambah Charice lagi.

Ricky Pempengco dipercayai maut akibat kesan daripada tikaman pada bahagian belakang dan dadanya pada hari Isnin lalu. Menurut Ketua Penguasa Polis, Gilbert Cruz, pada hari kejadian tersebut, Ricky yang juga merupakan pekerja kontrak sedang berada di sebuah  kedai terletak di San Pedro di mana dia secara kebetulan terserempak dengan lelaki mabuk tersebut, dikenali sebagai Angel Capili Jr.

Semalam, Polis Nasional Filipina membuat melaporkan yang pihak polis San Pedro, Laguna telah menangkap Angel Capili sewaktu operasi soal siasat sejam selepas insiden tersebut.

Gilbert turut menyatakan hasil siasatan  menunjukkan tiada sebarang rekod pergaduhan mahupun dendam diantara Ricky Pempengco dan Angel Capili.


Link to full article

No comments:

Post a Comment