72 hari, itu sahaja tempoh perkahwinan antara Kim Kardashian & Kris Humphries yang menelan belanja lebih USD$10 juta hasil daripada tajaan pelbagai pihak, tempoh hari. Bintang rancangan realiti berusia 31 tahun ini telah melantik peguam terkenal, iaitu Laura Wasser yang berpengalaman menguruskan penceraian selebriti terkemuka seperti Britney Spears, Maria Shriver, Angelina Jolie dan Ryan Reynolds.
Khabar angin penceraian mereka sudah pun diperkatakan ramai orang, Dakwaan itu diperkuatkan lagi dengan gaya hidup Kris yang berparti bersama beberapa gadis di bandar Miami dan New York, awal bulan Oktober lepas. Dikatakan juga, Kris cuba menghubungi semula bekas kekasihnya ketika membuat kunjungan ke Toronto, Kanada.
Penceraian mereka mula retak apabila Kim berkeras untuk tinggal di Los Angeles kerana kerjaya, manakala Kris pula ingin menetap di Minnesota. Hubungan mereka makin dingin, seperti yang disiarkan di rancangan Keeeping Up With Kardashian, dimana Kris kerap merungut mengenai perangai Kim yang terlampau dominan.
Minggu lepas, Kim menghadiri sebuah parti Halloween tanpa kehadiran Kris. Apabila ditanya, Kim menjawab, “Enggan membawanya”.
Bagaimanapun, tempoh perkahwinan Kim & Kris bukanlah yang terpendek dalam sejarah Hollywood. Britney Spears hanya mengahwini Jason Allen Alexander di Los Angles, dan perkahwinan itu bertahan selama 56 jam!
Dengan kos tajaan USD10 juta, adakah perkahwinan Kim-Kris ini bermotifkan wang semata-mata?
Update terbaru! Kenyataan rasmi dari Kim Kardashian sebentar tadi.
Link to full article
No comments:
Post a Comment