Monday, October 31, 2011

Nadia Diarah Bayar RM50000 Kepada Lisdawati.

Bernama hari ini melaporkan kes saman fitnah Lisdawati terhadap Nadia Mustafa yang berlarutan sejak enam tahun lepas diakhiri dengan arahan mahkamah, dimana Nadia Mustafa telah diarahkan membayar RM50000 kepada Lisdawati termasuk kadar faedah 4 peratus bermula dari tarikh perhakiman iaitu hari ini sehingga kes selesai dan kos mengikut skala. Keputusan tersebut dibenarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Yong Zarida Sazali, lewat pagi tadi.

Kes tuntutan yang difailkan oleh Lisdawati pada 21 April 2010 mendakwa Nadia berniat jahat dengan memberikan wawancara kepada seorang wartawan hiburan melalui majalah Media Hiburan, iaitu Hanif Abdul Ghani. Wawancara itu telah disiarkan melalui Media Hiburan edisi 8 Januari 2005 – 14 Januari 2005.

Lisdawati mendakwa Nadia menfitnah dirinya melalui artikel tersebut dimana dalam erti kata biasa difahamkan bermaksud meminjam wang, berhutang dan gagal menjelaskan hutang.

Bagaimanapun, Nadia membela diri melalui penyataan bertarikh 18 Mei 2011 dengan kenyataan bahawa artikel itu tidak mengandungi unsur fitnah, sebaliknya meminta orang yang berhutang menjelaskan hutangnya.

Kedua-dua plaintif dan defendan tidak hadir ke mahkamah ketika keputusan perbicaraan diumumkan.


Link to full article

No comments:

Post a Comment