Monday, October 31, 2011

Kim Kardashian Failkan Perceraian Terhadap Kris Humphries Selepas 72 Hari Berkahwin!

Bagai sudah menjadi lumrah kehidupan artis, sudah berkahwin mesti bercerai.

Terbaru, menurut akaun twitter rasmi @ryanseacrest, dia menyatakan bahawa Kim Kardashian baru sahaja memfailkan permohonan cerai terhadap Kris Humphries pagi tadi.

Sebelum ini, perkahwinan mereka telah diadakan dengan penuh gilang gemilang dan hanya beberapa stesen televisyen swasta diberikan keizinan untuk membuat liputan di majlis mereka. Majlis perkahwinan mereka turut ditayangkan di televisyen di seluruh dunia.

Isu ini berpunca apabila Kris Humphries sudah tidak mempunyai pekerjaan  kerana mengalami krisis di NBA. Dia dikatakan hanya menggunakan duit dan ditanggung sepenuhnya oleh Kim Kardashian dan ini menyebabkan Kim mula meluat dengan sikapnya.

Masih tidak dapat dipastikan samada isu ini akan berakhir dengan kesudahan yang sedih, kita tunggu laporannya selepas ini.


Link to full article

No comments:

Post a Comment