Monday, October 31, 2011

‘Kim Kardashian Malaya’ Tolak Lamaran VIP, Tegas Masuk Dunia Seni Bukan Cari Jodoh!

Seakan drama ‘wajib’ setiap kali kemunculan pendatang baru dalam bidang seni pastinya akan mengundang beberapa gosip dan khabar angin apa lagi kalau ianya membabtitkan golongan kenamaan (VIP). Pendatang baru, Noor Qalisha Ahmad atau Qalisha Ray, 20 juga tidak terlepas dari senario artis dan VIP.

Menurut akhbar online tempatan, mStar, Qalisha yang dicanang sebagai ‘Kim Kardashian Malaya’ mengakui pernah beberapa kali dilamar oleh VIP namun terpaksa menolak semua lamaran tersebut dengan cara baik agar tiada hati yang tersinggung.

“Sebelum menjadi artis lagi memang ada ganggaun seperti ini, mereka beri macam-macam hadiah dan kad ucapan setiap hari,” ujar Qalisha Ray.

Kata penyanyi kelahiran Kelantan ini juga, dia tekad menceburkan diri dalam bidang seni berlandaskan satu matlamat iaitu berjaya dalam industri muzik tanah air.

“Kalau saya ingin masuk dalam industri ini kerana ingin mencari jodoh sudah lama saya kahwin, tapi saya ingin capai dulu cita-cita untuk berjaya dalam bidang nyanyian. Bagaimanapun apabila saya jelaskan perkara tersebut baik-baik pada mereka barulah mereka faham dan saya harap mereka terus meminati saya biarpun hanya sebagai peminat,” ujar penyanyi ini lagi.

Tambahnya lagi, dia membuat keputusan memilih bidang seni sebagai kariernya selepas merasakan sudah sedia dari segi mental dan fizikal. Justeru, Qalisha sentiasa mengingatkan diri agar tidak terdedah dengan perkara-perkara yang mengundang padah.

Pernah muncul menerusi iklan produk Simply Siti, Vogue Edition Qalisha baru sahaja melancarkan mini album pertamanya, ‘Qalisha’.


Link to full article

No comments:

Post a Comment